Kari Kepala Ikan

Bahan-bahan: 
• Kepala ikan merah
• 3 ulas bawang putih (dikisar)
• 6 ulas bawang merah (dikisar)
• Beberapa tangkai cili kering (dikisar)
• 2 cm halia (dikisar)
• Air asam jawa secukupnya
• 5 biji bendi
• Daun kari
• Serbuk rempah
• Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Cara membuatnya: 
1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisarkan sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan serbuk rempah dan air, biarkan hingga mendidih dan agak pekat.
3. Selepas itu masukkan air asam jawa dan daun kari. Biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan kepala ikan sehingga masak.
4. Apabila sudah masak, masukkan serbuk perasa, garam dan gula secukupnya.
5. Selepas itu masukkan bendi yang sudah dibelah dua. Biarkan beberapa minit, angkat dan hidangkan panas-panas.

Comments

Popular posts from this blog

TVXQ!’s The 72-Hour

Home