Ikan Masak Kicap

Bahan-bahan:
• Seekor ikan kembung
• 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 ulas bawang merah (dihiris)
• 1cm halia (dihiris halus)
• Kicap
•Kulit kayu manis
• 4 tangkai cili padi (dihiris)
• 2 keping asam gelugur
• 1 biji tomato (dipotong kecil-kecil)
• 2 helai daun limau

Cara membuatnya
1. Mula-mula gorengkan ikan sehingga masak. Angkat dan asingkan.
2. Selepas itu, tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, kulit kayu manis dan cili padi sehingga naik bau. 
3. Kemudian masukkan sedikit air, kicap, asam keping dan tomato. Biarkan beberapa minit.
4. Akhir sekali, masukkan serbuk perasa, gula dan garam secukupnya Bila sudah masak, angkat dan tuangkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.

Comments

Popular posts from this blog

Home

10 BLOGS TERBAIK UNTUK WANITA di usia 20-an

Honey Chicken Wing